Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Isi Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam

Inilah isi Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Disampaikan pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Bacalah agar menjadi pegangan buat kita semua sebagai umat terakhir Rasulullah.

Isi Khutbah Terakhir Rasulullah

isi Khutbah terakhir Nabi Muhammad

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu mengaggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amal kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh karena itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para istri kamu, mereka juga punya hak atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalamm suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah kepada mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang limma kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah “ibadah Haji” sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah. Bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahwasannya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Post a Comment for "Isi Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam"